Thursday, March 10, 2011

PEDANG BERDARAH SUNGAI PAHANG ( koleksi peribadi )


KISAH 1:
MOHAMAD BIN YUNUS : MENGIKUT ORANG YANG MELIHAT PEDANG INI, MEREKA MENGAKUI BAHAWA PEDANG INI PERNAH BERJUANG DI JALAN ISLAM. IANYA PERNAH BERGERAK SENDIRI DIATAS AIR TANPA ADA SESIAPA YANG MEMEGANGNYA DAN MEMBUNUH 200 TENTERA BELANDA YANG BERADA DIATAS KAPAL  DENGAN IZIN ALLAH DAN DIKAWAL OLEH ORANG YANG TERSOHOR DI PAHANG SATU KETIKA DAHULU. PEDANG INI, PERNAH MENUKARKAN WARNA SUNGAI PAHANG DARI WARNA COKLAT KE WARNA MERAH DENGAN DARAH MANUSIA DISEBABKAN OLEH PEDANG INI.KAMPUNG RAKIT DITEMERLOH MENDAPAT NAMA DISEBABKAN OLEH PEDANG INI. MAYAT YANG TERAPUNG MENGALIR SEHINGGA KE TEMERLOH DAN BOLEH DIPIJAK SEPERTI RAKIT. PEDANG INI DIBAWA KE TANAH MELAYU OLEH SEORANG PEJUANG NEGERI TERENGGANU DARI TANAH ARAB.

sedikit asal usul pedang ini didalam petikan cerita melayu:

Kemudian baru Tokku Paloh menyeru pahlawan-pahlawan itu supaya melancarkan perang jihad. Sebagai bekalan rohani, beliau memberi mereka wirid-wirid dan jampi-jampi tertentu dan menghadiahkan mereka pedang yang bertulis ayat-ayat Al-Quran pada matanya. Dan dengan sokongan dan pengaruh Tokku Paloh, pasukan pahlawan itu semakin besar dan mendapat sokongan sultan dan rakyat Terengganu untuk melancarkan serangan tahap kedua berdasarkan kecintaan kepada agama dan tanahair dengan semboyan 'perang jihad'. Semangat perang jihad begitu ketara sekali di kalangan para pejuang itu. 


petikan dari : http://biodata-tokoh.blogspot.com/2010/08/tokku-paloh-sayid-abdul-rahman-bin.html

0 comments:

Post a Comment